1-11b=cukai adalah bidaah dan haram serta zalim!!!

undertakerALLAH TIDAK PERNAH MENCIPTA AJARAN CUKAI. NABI MUHAMMAD TIDAK PERNAH MENGAJAR CUKAI DIBUAT. CUKAI ADALAH CIPTAAN ORANG KAFIR. DALAM AL-QURAN, ALLAH BERFIRMAN JANGAN BERKAWAN RAPAT DENGAN ORANG KAFIR. SALAH-SATU HIKMAHNYA JANGAN BERKAWAN INI IALAH AGAR ORANG ISLAM TIDAK TERPENGARUH DENGAN KONSEP DAN CARA HIDUP MEREKA YANG PASTI BANYAK HARAM DAN JIKA DILAKUKAN ATAS NAMA ISLAM, MAKA ITU ADALAH BIDAAH SESAT.DEMOKRASI MENGGALAKKAN ORANG ISLAM BERKAWAN DENGAN O0RANG KAFIR.JUSTERU,DEMOKRASI ITU SANGATLAH BERBAHAYA. DEMOKRASI ITU CIPTAAN ORANG KAFIR ITALY. DEMOKRASI ITU SANGATLAH MENYEKAT ISLAM KERANA DEMOKRASI MEMILIH ISLAM YANG SESUAI DENGAN SELERA AHLI PARLIMEN ATAU AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SAJA ATAU MEREKA UBAH ISLAM ITU MENGIKUT NAFSU JAHIL DAN JAHAT MEREKA. JUSTERU , DEMOKRASI ITU SANGATLAH HARAM.

RUJUK SUMBER HADIS YANG MENGHARAMKAN SEGALA  CUKAI DENGAN KLIK PAUTAN INI(LEKAS KLIK SEBELUM PAUTAN INI DISEKAT OLEH MUSUH ISLAM)–> KLIK NOW!

KLIK JUGA MENGAPA HIZBUT TAHRIR MENGANGGAP FATWA TENTANG MEREKA ADALAH BURUK SANGKA ATAU FITNAH  tapi jika pautan ini disekat oleh pendusta dan pengecut serta orang jahil, terus baca artikel yang disalin dibawah👇👇👇👇😢😢😥

 

&

  • Home
  • Bantahan Fatwa

KRONOLOGI

Fatwa ke atas Hizbut Tahrir dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

17/09/2015

HTM mengadakan sidang media khas perjelas isu fatwa

04/12/2015

HTM mengadakan sidang media khas perjelas isu fatwa

Anggota HTM ditangkap JAIS

04/12/2015

Anggota HTM ditangkap JAIS

HTM serah jawapan rasmi ke jabatan mufti

28/06/2016

HTM serah jawapan rasmi ke jabatan mufti

HTM failkan semakan kehakiman

29/11/2016

HTM failkan semakan kehakiman

Laman sesawang Hizbut Tahrir disekat

17/01/2017

Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan responden memfailkan bantahan awal

25/01/2017

Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan responden memfailkan bantahan awal

Jurucakap dan tiga anggota HTM didakwa pihak berkuasa agama Selangor

28/02/2017

Muat turun fatwa kedudukan Hizbut Tahrir (PDF)
Muat turun bantahan fatwa terhadap Hizbut Tahrir (PDF)

BANTAHAN TERHADAP

FATWA KEDUDUKAN HIZBUT TAHRIR

OLEH JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR

Allah SWT berfirman:

(إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ)

“Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah, tidak akan beruntung” [TMQ Yunus (10):69].

****

Kami telah mengkaji fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (selepas ini dirujuk sebagai “Jawatankuasa Fatwa”) bertarikh 11 September 2015 mengenai kedudukan Hizbut Tahrir. Kami merasa sangat hairan dengan apa yang kami baca dan orang hampir tidak percaya bahawa fatwa sebegini boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa! Jawatankuasa Fatwa wajib bersikap amanah dalam menukil tentang Hizbut Tahrir (Hizb), namun apa yang berlaku adalah nukilan tentang Hizb yang amat jauh berbeza dari realiti yang sebenar. Jawatankuasa Fatwa juga seharusnya merasa takut kepada Allah ketika membuat tuduhan ke atas orang, yang perniagaan dan jual beli tidak pernah melalaikan mereka daripada mengingati Allah. Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa tanpa memeriksa realiti Hizb sedangkan ini merupakan peringkat yang paling awal yang harus dilalui dalam mengeluarkan apa jua fatwa! Lebih parah berbanding perkara lain, Jawatankuasa Fatwa langsung tidak menyebutkan dalil syarak berupa hukum-hakam dan langkah yang diambil di dalam fatwanya. Dengan kata lain, fatwa tersebut tersasar begitu jauh dari hukum syarak yang tiangnya adalah ketakwaan kepada Allah SWT dan rasa takut kepadaNya. Sebaliknya, ia lebih mendekati fatwa politik, penuh tipu daya dan kezaliman ke atas hamba Allah – syabab Hizbut Tahrir – yang memikul dakwah siang dan malam untuk mengajak kepada Allah dalam rangka mengembalikan kehidupan Islam, dengan jalan menegakkan Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah, dengan izin dan taufik daripada Allah SWT.

Mengenai realiti Hizbut Tahrir, Hizbut Tahrir adalah sebuah parti yang bersih dan jernih dari sebarang kesesatan. Tentu sahaja kami tidak mensucikan sesiapa pun di hadapan Allah SWT. Hizb sangat kuat berpegang teguh pada Islam, baik dalam persoalan akidah mahupun sistemnya. Kitab-kitabnya juga telah tersebar luas dan amat dikenali. Akidah yang diyakininya juga tertulis di dalam kitab-kitabnya dengan jelas dan nyata. Ia merupakan akidah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hukum syarak yang menjadi pedoman Hizbut Tahrir juga dirincikan di dalam kitab-kitabnya dan digali melalui proses istinbat [ijtihad] yang sahih, dari berbagai dalil syarak.

Hizb menerima, bahkan mengajak sesiapa sahaja yang ingin mendiskusikan akidah dan hukum syarak secara terbuka agar hujah boleh bertembung dengan hujah, pemikiran dengan pemikiran, sehingga boleh menghidupkan orang yang hidup, dengan hujah, dan menewaskan orang yang rosak pemikirannya, juga dengan hujah.

Mengenai dalil syarak dan proses penggalian hukum syarak dari dalil tersebut, ia tidak termanifestasi di dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa. Dalil syarak yang seharusnya dijadikan sandaran di dalam semua dakwaan yang telah disebutkan di dalam fatwa berkenaan, tidak wujud. Bahkan, fatwa tersebut merupakan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan jauh dari hukum syarak yang benar, sejauh Barat dan Timur. Penjelasannya adalah seperti berikut:

(1) Fatwa berkenaan menyatakan: (Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:)Fatwa tersebut kemudiannya menanggapi elemen-elemen tersebut dengan mencampuradukkan antara persoalan akidah dengan hukum syarak. Ini menunjukkan bahawa Jawatankuasa Fatwa pada hakikatnya memerlukan ilmu syarak yang cukup sebelum memberikan fatwa. Bagaimanapun, kami akan meninggalkan isu ini, dan akan menjawab dakwaan ke atas Hizb satu persatu.

Dengan menelaah apa yang telah dijelaskan di atas, tampak bahawa Jawatankuasa Fatwa, dalam fatwanya, telah membuat dakwaan terhadap Hizbut Tahrir akan apa yang tidak pernah diperkatakan oleh Hizbut Tahrir. Sebahagian dakwaan yang terkandung dalam fatwa tersebut mengenai pandangan Hizb, telah dipesongkan dari kebenaran.

(2) Terakhir, sebagai sebahagian dari nasihat, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW:

«الدِّينُ النَّصِيحَةُ» قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: «لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ»

Agama adalah nasihat” Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda SAW menjawab: “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin dan orang-orang Islam pada umumnya” [HR Muslim dari Tamim ad-Dari].

Maka, kami ingin menyampaikan kepada Jawatankuasa Fatwa sambil memberi nasihat, agar anda mengisytiharkan kesalahan fatwa anda. Anda juga harus memohon ampun kepada Allah, bertaubat kepada-Nya, dan meminta maaf kepada Hizbut Tahrir yang telah anda dakwa dengan dakwaan yang zalim, dusta dan penuh permusuhan. Semoga Allah berkenan menebus sebahagian kesalahan anda kepada Hizb, sebagaimana yang telah kami jelaskan di atas…..Jika pun penjelasan singkat ini belum cukup bagi anda, maka kami menjemput anda untuk beradu hujah secara terbuka mengenai dakwaan yang anda sebutkan, serta berbagai pembohongan dan pemesongan yang terdapat di dalam fatwa anda. Kami ulangi lagi: Kami menjemput anda, dan akan tetap menjemput anda, untuk beradu hujah secara terbuka, agar terzahir kebenaran dan sirnalah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan sirna. Allah SWT pasti akan menolong orang-orang yang soleh.

Sebagai penutup, harap maklum bahawa kami telah menangguhkan jawapan ini untuk beberapa bulan, setelah fatwa anda keluar, sebelum kami memberikan bantahan atas berbagai dakwaan batil tersebut. Penangguhan ini kami lakukan bukan kerana kami takut kepada anda atau kekuasaan anda. Sebaliknya, justeru kami mengkhuatiri anda. Kami sebenarnya berharap anda menarik balik fatwa anda yang batil dan penuh pemesongan itu dan memohon ampun kepada Allah. Dengan begitu, ia akan menjadi penebus kesalahan atas dakwaan anda yang zalim dan penuh kebencian terhadap Hizbut Tahrir. Namun sayangnya anda tidak melakukan perkara tersebut. Jika anda mengira bahawa anda akan memperolehi keuntungan daripada fatwa anda dengan berbagai kebohongannya ke atas kami, maka jelas anda keliru. Hizbut Tahrir telah pun berpengalaman menghadapi berbagai dakwaan bohong seperti ini, bahkan berbagai tindakan yang lebih jahat daripada ini, tetapi Ahli al-Haq (pemilik kebenaran) akan terus menghadapi Ahli al-Batil (pengikut kebatilan), kekejian dan kekejamannya yang zalim dan penuh permusuhan. Semuanya itu sudah pernah dilakukan oleh mereka yang jauh lebih keras, kuat dan ramai pendukungnya, tetapi mereka tidak pernah mendapatkan sedikit pun kebaikan kerana kebenaran itu sangat jelas dan kuat, sedangkan yang batil itu amatlah rapuh.

Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan petunjuk kepada anda, sehingga anda boleh menemukan jalan yang lurus dan anda menginsafi kebohongan yang telah anda lakukan. Dan anda juga hendaklah memohon keampunan kepada Allah SWT atas apa yang telah anda lakukan, serta memohon maaf kepada Hizb atas apa yang telah anda dakwakan. Semua manusia, anak Adam pasti akan melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah mereka yang bersedia untuk bertaubat, dan meninggalkan kesalahan itu merupakan satu kemuliaan. Orang yang waras akalnya adalah orang yang bertaubat dan kembali😭 kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman:

(وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَى)

Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal amal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar” [TMQ Thaha (20):82].

Terimalah salam kami,

23 Ramadhan 1437 H (28/06/2016 M)

Saudaramu,

HIZBUT TAHRIR MALAYSIA

 

 

SAYA TIADA MENYOKONG SEMUA AJARAN HIZBUT TAHRIR KERANA SAYA TIDAK PERNAH MENGKAJI SELURUH KITAB ATAU SUMBER RUJUKAN YANG HIZBUT TAHRIR GUNAKAN TETAPI SAYA SETUJU BAHAWA CUKAI ITU HARAM . SAYA TIDAK SETUJU DENGAN PENGASAS HIZBUT TAHRIR YANG MENGATAKAN WANITA TIDAK WAJIB TUTUP WAJAH. BACA SEBAB MENGAPA SAYA TIDAK SETUJU DENGAN KLIK INI     

Hari yang aku merasa diriku sangatlah kecil dan sangat hina dan sangat bodoh jahil ialah hari aku mula menyedari bahawa cukai itu adalah haram. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2016 atau mungkin 2017.Aku menyedari itu setelah baca artikel yang ditulis oleh hizbut tahrir Malaysia. Aku sangat menyokong perjuangan “mendirikan sistem khalifah” yang diperjuangkan oleh HIZBUT TAHRIR. RASANYA MASA AKU SEDAR ITU, RASANYA AKU HENDAK MENANGIS KERANA aku yang telah merintis beberapa jalan mencari kebenaran tidak tahu bahawa cukai itu bidaah haram dan sesat. Kalau aku yang sangat benci bidaah sesat hingga mempelopori sebuah perjuangan mengesan kebenaran  tetapi tidak menyedari juga bahawa cukai itu haram, bagaimana pula insan yang lalai dan jahil yang lain dapat selamat dari kesesatan? Memikiri ini buat aku merasa sangat cemas, takut, jahil, hina dan banyak dosa😥😢😭!!!! Mengenai pendapat kononnya saidina Umar juga buat cukai,dijawab oleh Hizbut Tahrir melalui artikelnya.Klik pautan artikelnya👉👉Klik klik sebelum https ini disekat pendusta,pemfitnah dan pengecut

 

Baca artikel hizbut tahrir mengenai fitnah yang dikenakan kepada mereka hingga menyebabkan laman sesawang mereka dihalang aksesnya👇👇👇👇😠😡😠😤👊✊👇👇👇👇👇👇👇

 

Kenyataan Media: Laman Sesawang Hizbut Tahrir Disekat: Langkah Terdesak Kerajaan Dan Jabatan Agama Menghalang Dakwah Dan Usaha Penegakan Khilafah Oleh Hizbut Tahrir

Kenyataan Media

Laman Sesawang Hizbut Tahrir Disekat: Langkah Terdesak Kerajaan dan Jabatan Agama Menghalang Dakwah dan Usaha Penegakan Khilafah oleh Hizbut Tahrir

Sejak semalam (17/01/2017), laman sesawang Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di URLhttp://hizbut-tahrir.org.my dan blog Muslimah Hizbut Tahrir / Malaysia di URLhttp://fikratulummah.blogspot.my tidak dapat diakses melalui pembekal perkhidmatan internet (internet service provider – ISP) yang utama di Malaysia, TMnet, anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia. Selain kedua laman sesawang tersebut, laman sesawang Hizbut Tahrir / Indonesia, Hizbut Tahrir / Britain, Hizbut Tahrir / Amerika, Hizbut Tahrir / Australia, Hizbut Tahrir / Skandinavia, Hizbut Tahrir / Pakistan, Hizbut Tahrir / Palestin dan banyak lagi juga turut disekat. Selain itu, laman sesawang pejabat media pusat Hizbut Tahrir di URL http://www.hizb-ut-tahrir.info/en dan laman sesawang lain yang terkait dengan Hizbut Tahrir sepertihttp://www.khilafah.comhttp://www.al-aqsa.orgdan http://www.al-waie.org pun turut disekat di Malaysia.

Antara notis yang tertera di laman sesawang HTM ialah “Akses kepada laman sesawang ini dihalang di bawah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar undang-undang Malaysia di bawah peruntukan Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Syariah Selangor 1995 yang mana Agensi Penguatkuasanya ialah Jabatan Agama Islam Selangor.” Di beberapa laman sesawang Hizbut Tahrir yang lain terdapat notis yang sama, tetapi di bawah kesalahan Seksyen 62 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang mana Agensi Penguatkuasanya ialah Jabatan Agama Islam Melaka. Seksyen 16 memperuntukkan kesalahan penyiaran apa-apa bentuk dokumen yang melanggar hukum syarak, manakala Seksyen 62 memperuntukkan kesalahan mengolok-olok, mengajuk  atau mengejek-ejek agama Islam. Subhanallah! Pendustaan dan fitnah apa lagi yang pihak berkuasa ingin lontarkan kepada Hizbut Tahrir? Kami ingin bertanya dan tegaskan kepada pihak berkuasa agama, sila buktikan apa dan di manakah kandungan dalam laman-laman sesawang Hizbut Tahrir yang disekat itu, yang telah melanggar hukum syarak dan mengolok-olok, mengajuk atau mengejek-ngejek agama Islam yang anda dakwakan!? Kami tanya dan cabar sekali lagi, sila buktikan dakwaan anda, dan jangan hanya menggunakan kuasa yang ada pada anda untuk merekayasa dan menabur fitnah serta menyekat usaha-usaha dakwah untuk menegakkan agama Allah (swt) oleh Hizbut Tahrir!

Setelah mengeluarkan fatwa yang memfitnah Hizbut Tahrir dan menampal kain rentang serta papan iklan fitnah tersebut di banyak masjid, surau dan jalanraya, pihak berkuasa agama di Selangor kini, menggunakan saluran Kementerian Komunikasi dan Multimedia, untuk cuba menghalang dakwah Hizbut Tahrir melalui internet pula. Kali ini turut melibatkan pihak berkuasa agama Melaka dan turut membabitkan kerajaan Persekutuan. Nampaknya mereka ini sudah tidak lagi takutkan Allah (swt) dengan terus menyebarkan fitnah di muka bumi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang dakwah dan usaha mulia penegakan Khilafah yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir. Padahal kesemua laman sesawang yang disekat itu adalah laman yang memaparkan aktiviti-aktiviti Hizbut Tahrir, fikrah dan tsaqafah Islam yang jernih, analisis politik yang mendalam, ulasan isu-isu semasa dan seumpamanya, yang semuanya selari dengan hukum syarak, di samping pembongkaran makar puak kuffar Barat ke atas umat Islam, persekongkolan penguasa kaum Muslimin dengan Barat, pengkhianatan penguasa sekular ke atas umat Islam dan banyak lagi. Adakah ini yang menjadi ketakutan kerajaan dan pihak berkuasa agama sehingga laman sesawang Hizbut Tahrir disekat? Sedangkan laman sesawang lucah dan merosak akhlak, laman perjudian dan perbankan ribawi, laman yang menyebarkan assabiyyah, perjuangan golongan sekular dan liberal, dan banyak lagi laman maksiat yang benar-benar menyalahi syarak, dibiarkan akses!

Kami ingin mengingatkan pihak berkuasa agama dan juga kerajaan Persekutuan bahawa dengan kuasa sementara yang ada pada anda di dunia ini, anda boleh menyekat laman sesawang kami, anda juga boleh menyekat segala aktiviti kami, anda boleh memfitnah kami, dan anda boleh mengisytiharkan kepada seluruh dunia untuk memboikot kami, namun anda sama sekali tidak boleh menyekat ideologi Islam yang kami miliki dan kami perjuangkan, sebagaimana anda sama sekali tidak boleh menyekat kembalinya Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang kami perjuangkan.

Kami ingin mengingatkan anda bahawa Rasulullah (saw) dan para sahabat dulu juga pernah difitnah dan disekat aktiviti mereka serta diboikot oleh golongan kafir Quraisy, namun semua itu sedikitpun tidak menghalang mereka daripada usaha menegakkan agama Allah dan Daulah Islam akhirnya berdiri dengan izin Allah (swt). Sesungguhnya merekalah yang menjadi suri teladan bagi kami dalam perjuangan ini dan Daulah Khilafah yang kami usahakan akan berdiri kembali sedikit masa lagi dengan izin Allah (swt). Apa yang kami kesali ialah jika di zaman Rasulullah (saw) dahulu, usaha dakwah disekat oleh golongan kafir, namun kini ia disekat oleh orang Islam, malah oleh golongan yang bekerja di jabatan agama Islam itu sendiri! Ketahuilah bahawa kami memberi peringatan ini kepada anda kerana kami menginginkan kebaikan buat anda, kerana jika kami inginkan keburukan buat anda, nescaya kami hanya akan membiarkan sahaja anda melakukan kerja-kerja yang mengheret anda ke api neraka ini, tanpa mengingatkan anda. Maka ambillah peringatan ini, buang semula sekatan ke atas semua laman sesawang kami dan marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi penegak agama Allah, bukannya menjadi penghalang, yang hanya akan mengundang murka Allah (swt)!

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Rabu, 20 Rabiul Akhir 1438 H
18/01/2017 M
Ruj: HTM/PR/02/1438


Press Release

Websites of Hizb ut Tahrir Blocked: Desperate Steps by the Government and Religious Authorities to Prevent Da’wah and Efforts to Re-establish the Khilafah by Hizb ut Tahrir

Since yesterday (17/01/2017), the Hizb ut Tahrir Malaysia (HTM) website at URL http://hizbut-tahrir.org.my and the blog of Muslimah Hizb ut Tahrir / Malaysia at URLhttp://fikratulummah.blogspot.my cannot be accessed via the main Internet Service Providers (ISP), TMNet, a wholly owned subsidiary of Telekom Malaysia. In addition to the both websites, the websites of Hizb ut Tahrir / Indonesia, Hizb ut Tahrir / Britain, Hizb ut Tahrir / America, Hizb ut Tahrir / Australia, Hizb ut Tahrir / Scandinavia, Hizb ut Tahrir / Pakistan, Hizb ut Tahrir / Palestine and many more are also blocked. In addition, the website of the Central Media Office of Hizb ut Tahrir at URL http://www.hizb-ut-tahrir.info/en and other websites associated with Hizb ut Tahrir such as http://www.khilafah.com,http://www.al-aqsa.org and http://www.al-waie.org are also blocked in Malaysia.

The notice on the website of HTM stated that “Access to this site has been denied under Section 263 (2) Communications and Multimedia Act 1998 as it violates the Malaysian law under the provisions of Section 16 Enactment of Shariah Offences in Selangor 1995 in which the Enforcement Agency is the Selangor Islamic Department.” In some of the Hizb ut Tahrir websites, there are similar notices, but under Section 62 Enactment of Shariah Offences in Malacca 1991 in which the Enforcement Agency is the Malacca Islamic Religious Department. Section 16 provides the offences of publishing any form of documents contrary to Hukm Shara’ (Islamic Law), while Section 62 provides the offences of mocking, ridiculing and/or deriding the religion of Islam. Subhanallah! What kind of fabrication and defamation are the authorities implicating on Hizb ut Tahrir? We would like to ask and assert the religious authorities to prove where and what are the content of the blocked websites of Hizb ut Tahrir that violates the Hukm Shara’, mocking, ridiculing and/or deriding the religion of Islam as per your allegations!? We ask and challenge you once again, please prove your allegations, and do not just simply use your powers to fabricate and defame and prevent the efforts of Hizb ut Tahrir in establishing the Deen of Allah!

After issuing an edict (fatwa) defaming Hizb ut Tahrir and hanging of the malign banners and billboards in many mosques and in the streets, the religious authorities in Selangor is now using the Ministry of Communications and Multimedia in an effort to prevent the da’wah of Hizb ut Tahrir in the internet. Now it seems that the religious authorities of Malacca and the Federal Government are also involved. It seems that they are no longer afraid of Allah (swt) by continuously spreading lies on earth and struggle intensely to prevent the da’wah and noble efforts of Hizb ut Tahrir in re-establishing the Khilafah. As a matter of fact, the blocked websites of Hizb ut Tahrir consist of the worldwide activities of Hizb ut Tahrir, clear Islamic thoughts and thaqafah(culture), in-depth political analysis, comment of current issues, etc. all of which are in line with Hukm Shara’. These sites also disclose the agenda and wicked plans of the Kuffar West against the Muslim Ummah, the conspiracies of the Muslim rulers with the West, betrayal of the secular rulers on the Ummah and many more. Are the government and religious authorities afraid of all these so much so that the websites of Hizb ut Tahrir are blocked? And this is so while at the same time, pornographic and morally destructive websites, gambling and usurious banking sites, websites promoting the ideas of nationalism, websites promoting secular and liberal ideas and various other illicit websites that truly violate the Hukm Shara’, are allowed access!

We would like to remind the religious authorities and the Federal Government that with the short-lived power in your hand, you can block our websites, you can also block all our activities, you can defame us, and you can announce to the whole world to boycott us, but you will never be able to block the Islamic ideology that we carry and we strive upon, as you will most definitely never be able to block the return of the Khilafah (Caliphate) upon the method of the Prophethood that Hizb ut Tahrir is working on.

We would like to remind you that the Prophet (saw) and his companions had also been vilified and their activities had been curtailed and boycotted by the Kuffar Quraish, but none of it prevented them from upholding the Deen of Allah and the Islamic State was finally established by the will of Allah (swt). Indeed, they are our role model in this da’wah and the Islamic State which establishment we are working on, will stand soon with the permission of Allah (swt). What we regret most is that, at the time of the Prophet (saw), the da’wah was impeded by the disbelievers, but nowadays it is impeded by the Muslims, and even by those who are working in the Islamic religious department itself! Take notice that we remind you of this because we want only khair (goodness) for you, for if we want evil for you, we would just ignore these acts that will drag you to the Hellfire and not remind you of them. So take heed of this reminder seriously and unblock all our websites. Let us all strive to become the pillars and carriers of Allah’s Deen, rather than obstructers who will only invite the wrath of Allah (swt)!

 

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

18/01/2017 CE
Wednesday, 20th Rabii’ II 1438 AH
Ref: HTM/PR/02/1438

Advertisements

One thought on “1-11b=cukai adalah bidaah dan haram serta zalim!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s