1-23=KESILAPAN PENGAJAR TASAUF

Tasauf ialah bidang Islam yang berkaitan kejiwaan atau batin manusia. Ia boleh dianggap juga sebagai bidang psikologi Islam.

Pelbagai cara digunakan untuk mendidik dan membentuk keperibadian yang baik.

Sivik, moral, motivasi, psikologi, kaunseling, suntikan, ubatan, ….

Cukupkah semua itu?

Oooo tak cukup sebab tasauf tidak dimasukkan dalam senarai di atas. Sekarang telah masuk. Cukupkah???

Jawapannya:

👇

👇

👇

👇

👇

👇

👇

👇

Tidak cukup. Kerana semua kaedah mestilah disertai dengan pengetahuan dan praktikal bidang yang semakin dilupakan dan semakin sangat ramai yang tidak mengenali bidang yang special ini. Disebabkan ketiadaan bidang special ini, maka keperibadian baik manusia yang terhasil dari kesedaran tentang semua pengetahuan atau cara di atas tidak dapat bertahan lama atau keadaannya ada masa naik, ada masa turun dan naik semula atau keperibadian itu akhirnya tidak kekal malah dalam kes yang lebih buruk, keperibadian buruk pula menjadi kebiasaan, termasuk yang jadi antonim kepada sifat baik yang sebelumnya wujud tetapi akhirnya kebiasaan baik itu musnah dengan diganti oleh antonimnya!!😲😰😓😭😫😖

Jadi apakah bidang yang special itu yang boleh dikatakan hampir pupus di alam pendidikan di seluruh dunia? Sila jawab dalam tempoh 10 saat.Jika anda gagal, bermakna anda tidak pernah layak untuk menilai orang dengan baik👇

1

2

3

4saat

5

6

7

8saat

9

10

Berhenti.Jawapan ialah:

🔽

🔽

🔽

🔽

🔽

Bidang SUFI BERTAREKAT!!!

Kita baca Ihya Ulumiddin, ini tasauf biasa yang lebih merupakan pengenalan apa yang jadi sifat baik atau jahat. Memang ada kaedah pembentukan keperibadian tetapi kaedah ini tidaklah akan menghasilkan nur atau waridah yang merupakan alat pencuci utama kalbu. Wirid yang diamalkan dan diajar di dunia, kebanyakannya bukan dari jenis wirid pencuci kalbu.Kebanyakannya untuk dapat pahala semata-mata. Sebab itu akhlak buruk tak terhapus.

Tetapi jika kita baca kitab “Mengenali Diri & Wali Allah” maka  kita dapat tahu cara dapat nur. Nur itu adalah keadaannya di hati ketika manusia berwirid tarekat sama ada dengan rasa nikmat berzikir dengan rasa sedih atau nikmat berzikir dengan rasa gembira.Nur menghapuskan sifat buruk,akhlak buruk dan menggantikan dengan antonim yang baik. Waridah ini pula akhirnya akan menghasilkan syuhud iaitu rasa lazat dan nikmat mengingati Allah sama ada kerana teringat af’al(perbuatan Allah), asma, sifat dan Zat Allah ketika berwirid itu.

Tarekat ialah perubahan hati ke arah lebih baik. Syuhud akan menyebabkan fana. Fana ialah keadaan orang yang tersyuhud itu tidak sedar alam sekelilingnya kerana ingatannya tertumpu kepada Allah saja dengan rasa nikmat atau disebut mabuk cinta kepada Allah saja. Mabuk cinta ini pula menyebabkan terjadi wahdatul-wujud iaitu orang yang tersyuhud fana itu terlatah memuji Allah dengan ucapan yang diistilahkan sebagai ittihad iaitu maksud ucapan itu pada pemahaman orang biasa orang yang fana ini mengaku tuhan atau dia dan Tuhan itu adalah satu padahal yang dimaksudkan oleh aku yang disebut oleh orang yang terlatah itu ialah Tuhan, bukan dirinya. Mereka yang telah wahdatul-wujud dengan fana atau tanpa fana (=maqam baqa= tersyuhud tetapi sedar alam sekeliling) bermakna telah capai maqam ihsan atau disebut wali Allah atau disebut telah capai makrifat kepada Allah dengan jalan syuhud.

Walaubagaimanapun, jika hendak dapat waridah/nur, harus lakukan semua perkara ini setiap hari secara serentak:

👉Istighfar dan bertaubat nasuha
👉bersalawat
👉berzikir tarekat
👉bermujahadah atau berjihad lawan nafsu
👉Belajar dari sumber Islam Tulin dan jujur sumber pengetahuannya

Apabila sesuatu tempat itu ramai orang sufi yang jadi Wali Allah, maka tidak mustahil peristiwa sejarah tentera sufi berkeramat akan wujud semula. Klik bukti sejarah ini👇👇👇👇

Bukti Tentera Bertaraf Wali Allah Pernah Wujud Di Afghanistan


One thought on “1-23=KESILAPAN PENGAJAR TASAUF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s