1-20=Kitab”MengenalDiri&WaliAllah”AdalahSesat???

Mencari kebenaran seperti sumber Islam Tulin pada zaman ini umpama mencari sesuatu yang hampir mustahil dicapai walaupun kita menggunakan banyak The sensor of the truth, kemungkinan kita masih tersilap atau salah-faham atau masih sesat mungkin ada. Justeru, saya dulu sangat tidak sabar untuk bertemu dengan imam Mahdi. Tetapi sekarang saya berharap saya tidak akan hidup pada zaman Imam Mahdi telah muncul kerana saya tidak sanggup berhadapan dengan Dajal, kebuluran, kemarau, lenyap ketamadunan yang berlaku di seluruh dunia pada zaman muncul dajal itu. Saya tidak sanggup hidup tanpa peti ais, tanpa kereta, tanpa elektrik.

Tidak mahu hidup pada zaman itu tetapi kalau hendak dapat sumber Islam tulin harus sanggup hidup zaman itu kerana zaman dajal muncul, imam Mahdi (sumber Islam tulin) juga muncul.

Justeru, bila difikiri semula, saya tetap berharap saya tidak hidup lagi pada zaman Dajal keluar.

Justeru, saya berharap apa yang saya telah rintis sejak beberapa tahun lalu dapat menjadi petunjuk ke arah kebenaran.Dengan inilah saya berharap saya ada “pengganti Imam Mahdi”. Semoga apa yang saya usahakan itu mendapat keredhaan Allah dan memang benar.

Apa yang saya rintis sebagai pengganti Imam Mahdi???

Saya ialah seorang yang anti-bidaah, pencari sumber Islam Tulin, pencinta Islam yang asli/original….

Justeru saya telah merintis kaedah yang boleh/dapat menjadi petunjuk kebenaran. Harap ini dapat menjadi “pengganti Imam Mahdi”. MUNGKIN ini dapat ganti dalam sebahagian perkara, kalau tak menyeluruh.

Walaubagaimanapun bukanlah saya tidak percaya dan bukan tidak amalkan sedikitpun ajaran mazhab tetapi ada juga yang saya tidak amalkan atau jika ada yang tidak saya percaya intipati ajaran mazhab itu adalah kerana saya menilai dan pilih ajaran mazhab dengan petunjuk kebenaran/kaedah penyaringan/penderia kebenaran/THE SENSOR OF THE TRUTH. Justeru keadaan saya ialah tidak boleh dikatakan bermazhab dengan tepat dan boleh juga dikatakan tidak bermazhab.Keadaan saya di tengah-tengah dan selalu bermula dengan “neutral”.
Imam Bukhari juga merintis kaedah petunjuk kebenaran. Beliaulah yang memperkenalkan kaedah penyaringan hadis untuk menentukan yang mana hadis lemah, palsu dan shahih.

Tetapi tahukah anda bahawa sebelum mengarang tiap-tiap hadis, beliau buat solat istiharah dulu. Kesimpulannya, apa yang Bukhari karang sebenarnya beliau tidak dapat menjaminnya dalam erti yang paling benar. Kerana kalau beliau yakin hasil penyaringan itu, kenapa perlu buat solat istiharah? Justeru, kita boleh kata apa yang dikatakan shahih oleh Bukhari adalah berdasarkan persangkaan beliau yang sangat kuat kerana berpandukan kaedah penyaringan dan berdasarkan apa perasaannya ketika dan selepas solat istikharah. Terbukti Imam Bukhari sangat luarbiasa kewaspadaannya ketika mencari sumber yang shahih. Contohnya setelah berkuda dalam perjalanan yang sangat jauh dan tiba di tempat seorang lelaki yang Bukhari ingin meriwayatkan hadis daripada lelaki itu, berlaku peristiwa lelaki itu menipu kuda lelaki tersebut sebab lelaki itu memberikan sesuatu yang bukan makanan kuda ketika kuda itu menghampiri lelaki itu kerana menyangka makanan kuda itu ada di situ.Penipuan terhadap kuda itu menyebabkan Bukhari juga meragui kejujuran lelaki itu iaitu mungkin lelaki itu juga akan meriwayatkan hadis palsu. Justeru, selepas melihat peristiwa kuda kena tipu, Bukhari segera pergi dari situ dengan kuda beliau.

Tidak menghairankan jika ada yang kata imam Bukhari tidak menganut ajaran bermazhab. Mazhab selalu menyebut hukum tanpa menyebut dalil hadis atau firman. Ini mungkin salah-satu sebab mengapa Bukhari tidak menganut mazhab yang 4 (hambali,hanafi,syafie dan maliki). Saya juga demikian kerana saya juga suka berijtihad berdasarkan kaedah petunjuk yang dirintis oleh Imam Bukhari dan juga kaedah petunjuk yang dirintisi saya. Walaupun ijtihad itu sepatutnya tidak timbul kerana Islam al-Quran telah sempurna diturunkan semua ayatNya. Namun ia dilakukan kerana Islam Tulin tidak mendapat tempat dengan baik di pusat pendidikan, semakin dipinggirkan, semakin tidak dikenali hingga ada yang tergamak mengatakan ajaran Islam yang asli itu bidaah sesat. Ada seorang wanita(staf) di kolej komuniti sabak bernam berkata kepada saya bahawa pakai purdah itu macam ninja. Purdah dan Ninja tak sama! Masih ada perbezaan fesyen dan perbezaan tujuan pakai.Saya rasa nak tampar perempuan yang berkata begitu. Allah telah berfirman yang bermaksud jika Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum dan jalan, tidak boleh umat Islam mencari jalan yang lain daripada yang Allah dan RasulNya tetapkan.

Kitab Mengenal Diri dan Wali Allah adalah bidang tasauf special yang banyak tidak dikenali oleh ulamak feqah kerana ia tidak diajar di mana-mana pusat pendidikan kerajaan dalam dunia. Justeru tidak menghairankan jika ada ramai ulamak feqah yang mengatakan ajaran sufi, tarekat dan istilah yang terdapat dalam kitab ini adalah bidaah sesat. Namun kitab ini diberikan nombor kelulusan untuk jualan dan edar oleh kementerian berkenaan dan sangat luarbiasa laris hingga diulang cetak dan dijual semula berulang-ulang kali.

Berdasarkan the sensor of the truth, ada kandungan kitab ini yang saya terima dan anggap ia sebagai memang ada dalam Islam yang tulin atau saya mengambilnya berdasarkan persangkaan kuat saya tetapi kaedah penyaringan saya juga menunjukkan ada kandungan yang tidak boleh diambil untuk dipercayai atau diamalkan atau ia diletakkan diantara boleh dan tak boleh dilakukan. Contohnya persoalan tawasul yang tidak disertakan dengan hujah yang kuat atau/dan dalil.  Kemungkinan, persoalan tawasul ini tidak pernah dikatakan boleh dibuat oleh pengarang kitab ini, mungkin isi tawasul itu ditambah dalam penerbitan semula atau ulang cetak tanpa pengetahuan dan tanpa izin pengarang asal. Saya pun tidak pasti adakah pengarang kitab ini mempercayai tawasul boleh dilakukan??? Kalau ikut logik, bertawasul itu seperti syirik iaitu meminta bantuan roh wali Allah yang telah mati.

Advertisements

One thought on “1-20=Kitab”MengenalDiri&WaliAllah”AdalahSesat???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s