1-2=KenapaSayaTakNakKahwinSampaiKiamat?

UPDATED   ON FRIDAY 30 NOVEMBER 2018 AT 11.37AM

-/Finished

-/Filtration

-/Ending [tetapi ayat hadis berkaitan artikel ini tidak dipaparkan, hanya ditulis maksud secara bebas, juga nama sumber yang saya pernah membacanya tidak ditunjukkan]

Mereka yang kata orang yang tiada keinginan hendak kahwin sebagai gila sebenarnya yang kata begitulah yang gila sebenarnya.

Buktinya?

Kerana yang menuduh itu ada penyakit dengki.

Atau kerana yang mengatakan itu ada penyakit buruk sangka.

Atau kerana yang berkata itu ada penyakit jahil menyebabkan mereka itu tidak menyedari bahawa tidak semua manusia wajib kahwin kerana hukum kahwin itu pelbagai ( dalam Islam, orang yang tiada keinginan kahwin, tidak wajib kahwin).

Penyakit jahil, dengki dan buruk sangka dapat mengurangkan kestabilan mental, hingga akhirnya gila tahap parah.

Sepatutnya yang menuduh itu bersyukur kerana ada orang yang dapat tenteram jiwa dengan tidak berkahwin, bukan seperti mereka atau orang lain yang gila kahwin lagi atau gila talak [=Melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak/cerai/bermaksud talak]   atau gila seks. Perkataan gila sebelum predikatnya ialah melambangkan sakit jiwa ringan yang boleh bertambah ke tahap parah [gila] jika tidak diselesaikan.

Malah hadis nabi yang ghibtah [=Keadaan ingin mendapat kenikmatan seperti orang lain dan pada masa yang sama tidak berharap kenikmatan yang diperolehi oleh orang lain itu lenyap] orang yang tidak berkahwin tidak dimahsyurkan. Nabi ghibtah kerana orang tidak berkahwin punya lebih banyak waktu untuk bersama Allah dengan ibadat tanpa perlu fikir masalah itu ini dalam perkahwinan.

Perkahwinan itu umpama perangkap kerana sesiapa tertarik kepada perkahwinan akan jatuh ke “jalan yang lebih berliku-liku, lebih bergaung “.Kerana Tujuan manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah dengan hati khusyuk. Mana lagi jalan yang lebih dapat membebaskan diri dari ingatan dunia agar khusyuk kepada Allah kalau bukan hidup membujang sampai mati? Justeru, logiknya, membujang itu jalan pintas menuju cinta Allah tetapi ramai yang bujang tidak mempergunakan pintasan ini dengan baik. Mungkin yang berkahwin kata pahala solat orang berkahwin lebih banyak tetapi hakikatnya ramai yang berkahwin jarang ada yang dapat khusyuk kerana masalah perkahwinan. Bila solat tak khusyuk, pahala solat tidak dapat malah disiksa di akhirat orang yang tidak khusyuk solat. Konon ada hadis yang kata sesiapa tak ikut sunnah nabi bukan umat nabi. Maka orang gila berpenyakit hati mengatakan orang tidak kahwin itu tak ikut sunnah. Ini orang yang bercakap seperti tidak tahu apa makna sunnah. Sunnah itu ialah perlakuan dan percakapan nabi. Ulamak-ulamak telah kaji hadis-hadis berkaitan perkahwinan. Hasil kajian menunjukkan hukum perkahwinan ada yang wajib, ada yang sunat, ada yang haram dan ada yang makruh. Wajib jika ada keinginan (kemahuan yang kuat) berkahwin dan kemampuan, terutamanya keadaan ingin itu  membimbangkan terjadi zina. Saya tiada keinginan kahwin sampai mati. Justeru saya tidak wajib kahwin. Cita-cita tinggi saya ialah membujang sampai mati.

Orang yang berkahwin tak perlu dengki dengan yang tidak mahu kahwin. Tuhan jadikan perkahwinan itu godaan keinginan kebanyakan manusia yang sukar ditahan supaya manusia tidak pupus.

Rabiatul adawiyah seorang wali Allah menolak cinta daripada seorang lelaki, Hasan al Basri seorang lelaki yang juga wali Allah kerana orang yang kenal Tuhan hanya akan cinta kepada Allah saja atau Allah diutamakan.Cukuplah Allah sebagai pelindung dan penyelamat. Ada 100 isteri dan anak pun tidak akan dapat menyelamatkan seseorang jika semasa hidupnya tidak memperbaiki hubungan dengan Tuhan.

Saya mempunyai “99” sebab tidak mahu berkahwin sampai mati dan tiap-tiap sebab itu sangat kuat dan memadai untuk buat keputusan tidak berkahwin tetapi sebab yang ke 100 ialah sebab utama, terkuat dan sebenar yang terkandung dalam intipati asas Tujuh Dalam Satu, falsafah Satu Dalam Tujuh, Love Seven In One yang jadi the king of philosophy hidup saya dan ini adalah rahsia besar hidup saya.

Source: pengertian talak daripada http://ustaznazritawau.blogspot.com/2010/10/istilah-istilah-dalam-ibadat-tingkatan.html, based on my experience, firman Tuhan yang bermaksud bahawa Cukuplah Allah menjadi penolong, kitab sejarah hidup wali-wali Allah, “ Perkataan gila sebelum predikatnya ialah melambangkan sakit jiwa ringan yang boleh bertambah ke tahap parah [gila] jika tidak diselesaikan ” BERDASARKAN pembacaan artikel psikologi yang nama atau di mana sumbernya saya sudah lupa.

Advertisements

2 thoughts on “1-2=KenapaSayaTakNakKahwinSampaiKiamat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s