1-10=Aku berkata:

Aku berkata dan menyeru kepada diriku juga agar ingat:👇👇👇😩👇👇👇

1😩🏡👉Jika dia di sini, bukan pasti seperti bila dia di sana.

2😐👂👉Apa yang kau dengar, bukan apa yang kau lihat. Apa yang kau lihat belum tentu hakikat

3😮⌛👉Kau akan menghargai satu saat hanya bila kecemasan yang memerlukan tindakan cepat

4😕👬👉Personaliti kamu dilihat dengan siapa kamu berkawan tetapi jika tidak dilihat begitu, maka kamu adalah insan istimewa

5😒❓👉Kamu menghujah dengan hukum tetapi yang mengalahkan ini ialah pengetahuan lauh-mahfuz

6😟👉👅Jika kamu tidak sanggup menipu tetapi kau tidak boleh berkata benar, maka carilah pembelokan kata

7😏👉🚘Dengan seberat zarah sombong yang kamu ada secara tiba-tiba, maka terjadilah tragedi secara tiba-tiba yang jarak masa antara kesombongan dengan tragedi itu seperti kelipan mata

8😌👉💖Segala sejarah derita malangmu dirasakan tidak wujud hanya kerana kamu di alam kehidupan sebenar

9😆👉👤Jika kamu selalu dapat hidup seorang diri, mungkin membuktikan bahawa akal mu mengatasi ramai

10😀👉💓Hati yang berbicara lebih baik daripada lisan

11😮👉💗Pengkritik diri sendiri lebih baik daripada nafsu tidak terkawal, orang yang sentiasa rasa bergantung kepada Allah lebih baik daripada yang suka mencela dirinya tetapi orang yang sentiasa merasa senang dan teguh bersama Allah lebih baik daripada yang rasa bergantung tetapi yang merasa berada dalam Allah lebih baik lagi, tetapi yang sentiasa dengan Allah semata-mata lebih baik lagi tetapi yang rasa Allah semata-mata lebih baik lagi.Jiwa yang tenang lebih baik daripada yang rasa bergantung kepada Allah, jiwa yang redha kepada Allah lebih baik daripada yang tenang,Yang rasa dengan Allah semata-mata lebih baik daripada yang redha tetapi yang rasa Allah semata-mata adalah paling baik.

12😏⚠Jika kamu tidak mahu berfikir berulangan yang sangat kerap bila kamu memerlukan demikian, tindakan yang kamu pilih terdedah kepada kesilapan

13🍪🍳Kalau perutmu lapar, ada yang mengenyangkan tetapi bukan menggunakan esofagusmu

14😪Sesungguhnya aku suka kalau aku tidak perlu tidur lagi sampai kiamat.

15🔤Satu ayat pendek yang memadai membuatmu melihat siratan yang pelbagai

16👅💗💖Lidah ialah tempat hati yang terhina.Ingatan lebih baik berada dikalbu. Perasaan lebih baik berada di ruh. Keselamatan lebih baik berada di sirr tetapi Cintanya lebih baik berada di sirrussiri tetapi kewarasan yang zahir lebih baik di akhfa tetapi kemenangan dan kesempurnaan lebih baik  di khafak.

17😷Membisukan dirimu dapat menyelamatkan hati kamu dari banyak serangan

18✔Apa pun pengetahuan mu tidak dapat digunakan untuk kamu memilih tindakan apabila kata-kata ibu lebih utama

19😈mula-mula kamu berikhtilat, kemudian berkenalan, kemudian berkhalwat, kemudian zina

20⌛Kemusnahan lebih mudah, kekuatan satu abad musnah satu hari.

21💃Apabila kamu terburu-buru, ingatan mu kerap satu saja

22👞📚Keadaan tidak berkemas telah menggalang dan menghapusi sebahagian besar dari peluang

23😨Bila kamu berada di padang aktiviti, bayangkan kamu sedang di padang mahsyar, akhirnya kamu mengatakan kesukaanmu selalunya tidak perlu malah membinasakan hidupmu!!!!

24😡😠Dari kemarahan, datang kebencian, dari kebencian datang datang kedengkian, dari kedengkian datang khianat dan dari khianat datang penyakit gila

25⏳⌛Kamu merasakan nikmat itu singkat tempohnya tetapi derita kamu rasa panjang.

26🚕🚖🚗🚘🚙Pemanduan berhemat itu ialah membenarkan kesalahan pemanduan untuk mengelakkan tragedi bila terpaksa?

27❌🎷❌Hiburan bukanlah apa yang menyenangkan hatimu atau apa yang kau sukai tetapi ialah bersihnya hatimu.Justeru hentikan zikir-zikir syaitan yang datang dari radio pejabatmu yang membazirkan wang dan letrik kerana lagu asmara yang kau gilakannya

28😈😈Mulut lebih sukar dikawal daripada mata/telinga tetapi ada masanya terbalik tetapi yang di hatimu mungkin lebih merbahaya bersama ingatannya.Lebih mudah jaga diri dari dosa hidung.

29💖Kesempurnaan terletak di hati, kebahagiaan terletak di istiqamah, kemenangan terletak di syurga

30😂Orang yang banyak bergurau-senda dan ketawa ialah yang kurang akal

31😫Jika kamu sudah buntu dan bingung, maka beradalah di tengah-tengah lalu berdoa memohon petunjuk

32💖✔Ucapan hasilkan warid.Waridah hasilkan zauk ingatan. Zauk ingatan hasilkan ittihad atau wahdatulwujud, wahdatulwujud hasilkan fana, fana hasilkan maqam baqa,baqa hasilkan maqam

33


One thought on “1-10=Aku berkata:

Leave a comment