1-38=SebabYangMenangKenapaBudaya Kerja”In Waiting”BolehBerterusanLama

NOTA: DALAM ISLAM JIKA TERTIDUR, TIDAK BERDOSA KERANA TER PADA TERTIDUR BERMAKNA TIDAK SENGAJA TIDUR!!!

Budaya kerja “in waiting” is like a guard???

“IN WAITING” INI memang kelihatan seperti guardlah tetapi ia masih berbeza kerana guard yang kelihatan “in waiting” memang itu kerja rasminya, disamping mereka akan membuat kerja lain bila tiba masa atau keadaannya.

Bentuk “in waiting” yang mungkin:

[1} orang yang sedang praktikal, menunggu kerja apa selanjutnya yang akan diberikan kepada mereka bila kerja yang diberikan sudah selesai. Jenis ini “in waitingnya” ada masanya lama atau sekejap. Kerja mereka juga selalu bertindak sebagai pembantu, mengambil tugasan orang yang praktikal atau diberikan sebahagian tugasnya kepadanya.

{2}Orang yang telah ditentukan tugas rasminya tetapi tugas itu terhad dan tidak sentiasa ada, malah dapat diselesaikan dan dikawal dengan baik dan cepat olehnya. Jenis ini “in waitingnya” lama dan mungkin berhari-hari

[3}Orang yang telah dtentukan tugas rasminya dan tugas itu sentiasa banyak atau/dan pelbagai dan sukar diselesaikan atau jika dapat diselesaikan tiap harinya ialah biasanya ketika menjelang waktu balik dan walaupun telah selesai, esok dan hari berikutnya sentiasa ada tugas banyak yang datang pada kebiasaannya. Justeru, keadaan “in waiting”nya tak lama, tak termasuk rehat atau lainnya.

 

Kemudian, dalam kes khas atau yang tidak banyak, seseorang mungkin tidak membuat tugas hakikinya disebabkan factor-faktor tertentu. Orang seperti ini mungkin berada dalam kategori kedua di atas.Jika in waiting, cuba fikir dan cuba buat kerja yang ada manfaat untuk diri dan organisasi seperti merujuk buku panduan yang berkaitan tugas rasmi hakikinya atau membaca buku agama,bukan dengan membazirkan letrik pejabat dengan main permainan komputer atau permainan internet.Mungkin permainan cara taip cepat yang sebenarnya latihan dikomputer/internet tidak mengapa.Mungkin juga tonton video berbentuk pengetahuan terutama berkaitan Islam di youtube,di komputer itu bukan pembaziran.

Memang, seseorang yang terima keadaan khas seperti ini, tidak boleh disalahkan kalau in waitingnya itu ialah kerana tiada tugasan yang perlu diselesaikan dan tidak ada pertambahan tugas baru. Orang seperti ni tidak boleh dikatakan makan gaji buta juga.

Mungkin dia bersetuju untuk membantu kerja tugasan sesiapa juga dalam unit/jabatan tersebut tetapi bila difikirkan lebih lanjut, hal ini sebenarnya ada persoalan yang sukar diselesaikan jika menerima apa sahaja untuk membantu:

Apabila kita memikirkan sesuatu, buruk dan baik harus difikirkan . Tidak boleh fikir kebaikan sahaja. Tidak juga boleh fikir keburukan sahaja. Kerana

bila buruk dan baik telah difikirkan, baru dapat buat pertimbangan yang sewajarnya, in sha Allah.

Sekarang, mari kita fikirkan kebaikannya dahulu, ok?

Contoh kebaikannya:

1=Membantu orang lain menyiapkan kerja rasmi mereka. Mari kita beri nilai ini sebagai satu markah.

2=Dapat pengalaman baru memahami proses dan prosedur kerja orang lain. Dapat 1 markah lagi.

3=Mungkin dengan membantu itu, ada sebab untuk kerja lebih masa yang boleh tuntut wang kerja lebih masa. 1 markah lagi

4=Orang lain tidak akan anggap dia pemalas atau apa. 1 markah lagi

Contoh keburukannya:

1=Membuat orang lain yang dibantu itu kerja hendak tak hendak, malas atau sengaja buat kerja lambat kerana tahu ada yang akan ambil kerjanya.

2=Mungkin berlaku kesilapan dalam melakukan proses dan prosedur dan ini menyebabkan kerja perlu dilakukan semula dengan pembetulan dan sebagainya

3=Akan terlupa tentang konsep dan prosedur tugas rasmi hakikinya

4=Dapat juga timbul buruk sangka orang lain seperti pertanyaan “Kenapa dia tak buat tugas rasminya yang hakiki?” ATAU “nama jawatannya itu tetapi dia buat kerja yang merupakan tugas jawatan lain?”

Maka, kalau kita nak nilaikan buruk dan baik berdasarkan angka , maka, 4 kebaikan ada dan 4 keburukan pun ada. Jadi, tahukah keputusannya kalau begini, sama ada seseorang yang buat kerja rasmi orang lain untuk membantu itu yang bukan tugas hakikinya lebih baik in waiting daripada terus tanya apa lagi saya boleh bantu????

Jawapannya, cara penilaian seperti ini tidak boleh. Jadi, kena guna kaedah, “peratus” keburukan dan kebaikan bagi setiap tema. Contohnya:

 

1= Membantu orang lain menyiapkan kerja , menyenangkan orang itu tetapi kemungkinan orang yang dibantu itu jadi malas atau apa [yang tidak baik] 

juga berlaku. Mari cari peratus itu dalam bentuk dalil yang benar dan boleh dipakai:

Peratus menyiapkan boleh jadi ada masanya, kerap atau tidak kerap selesai? Sebab ada kemungkinan ini, anggap 50-50, atau pertengahan iaitu kadang-kadang dapat selesai yang dibantu dan kadang-kadang tidak. Bukti, sukar ditemui, tidak ada penyelidikan khusus tentang ini. Justeru, “peratus “ dalam bentuk dalil berdasarkan logic kejadian [hasil penyelidikan tak wujud] tetapi kalau yang menyebabkan timbul negative kepada orang yang ditolong itu atau negative lain kepada yang menolong ada dalilnya:

Nabi bersabda: “Yang selalu menyusahkan manusia itu, nafsunya, syaitan dan orang yang dengki”.

Apa yang difikirkan di sini ialah, yang menolong akan selalu kerja secara tidak ikhlas [negative] bila terasa dia buat orang yang dibantu selalu malas atau membulinya atau Penentuan SKT jadi sukar dinilai atau dia terasa yang dibantu tidak sepatutnya menetapkan nilai begitu tinggi kepada SKTnya kerana dia banyak membantu orang itu. Dan tidak mustahil yang dibantu akan menetapkan selalu dalam SKTnya yang tidak tepat, tidak adil, untuk menutup kelemahannya iaitu misalnya sasaran tugas asal yang sepatutnya dikurangkan atau jenis dan saiz kerja yang patut dikurangkan disebabkan kerja itu telah diberikan kepada orang lain yang membantu tetapi selalu tidak dikurangkan atau selalu tidak ditulis dengan tepat. Ini tentu buat yang membantu rasa marah atau lainnya. Ini tidak menghairankan sebab sabda nabi yang di atas membuktikan perkara seperti ini boleh terjadi selalu.

Justeru, saya melihat peratus atau nilai keburukan di sini lebih memuncak atau lebih kerap atau lebih banyak berbanding kebaikannya. Pada pendapat saya, SAYA yakin  bahawa bagi menyelesaikan masalah ini, tidak boleh kata bantu apa sahaja sesiapa sahaja tetapi harus jelas tugasan orang lain yang dihadkan untuk dia sahaja melakukannya [dengan tunjuk ajar] , yang jelas terperinci sempadan jenis dan saiz kerjanya supaya kerja ini hanya masuk dalam SKT yang membantunya. Justeru, jika cara penyelesaian ini, tidak wujud, lebih baik seseorang yang terima keadaan budaya kerja “khas” ini  kerap “in waiting” kepada kerja yang memang telah ditentukan untuk dia lakukan, yang jelas jenis dan saiznya dan haruslah dia boleh bertindak sendiri ambil tugas itu, bukan harus diberikan tugas itu. Contohnya, bilik fail yang dikatakan hanya orang tertentu yang dibenarkan ambil fail yang perlu 

diselesaikan. Sepatutnya orang yang membantu boleh dibenarkan ambil fail sendiri tetapi ini tidak berlaku.

  1. Tema kesilapan atau tidak silap dalam kerja yang dibantu. Di sini, tiada dalil atau bukti saintifik untuk mengatakan atau tidak ada penyelidikan khusus untuk membuktikan lebih banyak atau lebih sedikit terjadi silap atau tidak silap. Justeru, “peratusnya” kita boleh anggap seperti sama sahaja. Sebab kalau hendak fikir logic mantik pun, tidak tahu apa kecuali lebih mudah melihatnya sebagai pertengahan iaitu 50-50. Begitu juga tema memahami tugasan orang lain, juga boleh dianggap 50-50 jumlah kejadiannya.
  2. Tema berikutnya, dapat bayaran kerja lebih masa. Kejadian ini sebenarnya, berdasarkan dalil/bukti pengalaman ramai juga yang kerja overtime tidak mahu menuntut bayaran kerana mereka sebenarnya bukan hendak overtime yang hendak wang tetapi kalau boleh hendak balik ikut masa atau balik lebih awal, malah kerjanya selalu bertangguh disebabkan bersembang, leka dengan internet, berehat, dan sebagainya dan bila merisaukan SKTnya, maka dibuatlah kerja lebih masa itu tanpa rasa ingin tuntut bayaran kerana mereka tahu hal ini terjadi disebabkan penangguhan, berbual kosong dan sebagainya [seperti pergi ke tandas menghisap rokok]. Tandas itu sudah jadi bilik gas beracun atau bilik untuk mati. Udara yang bersih jadi kotor dengan asap rokok berbahan racun dan sebagainya. Justeru, kalau nak kata 50-50 pun tidak boleh, sebab boleh juga kata kemungkinan tidak dapat atau tidak ambil wang bayaran lebih masa itu adalah peratusannya lebih besar atau lebih kerap, malah jauh. Katakan jika yang membantu buat kerja lebih masa dan terima wang bayaran kerja lebih masa, maka ini boleh menyebabkan orang yang dibantu selalu dengki dan untuk mengelakkan dengki tak dapatlah yang membantu tuntut wang kerja lebih masa sebab ini ada dalilnya: nabi bersabda….yang selalu menyusahkan manusia itu ialah nafsunya, syaitan dan orang yang dengki. Nabi sebut “yang selalu”. Jadi, peratusannya ialah keburukan iaitu tidak dapat wang lebih masa itu adalah lebih besar atau kerap.

4. Tema berikutnya, akan terlupa konsep dan tugasan rasmi hakikinya. Adakah dalil penyelidikan membuktikan ini? Jika tiada, dalil mantik sudah mencukupi. Buktinya, sesuatu yang tidak diamalkan selalu, memang boleh buat orang lupa. Ini adalah pengalaman-pengalaman yang membuktikan. Justeru, kejadian ini lebih banyak berlaku daripada tidak berlaku kalau hendak kata 50-50 PUN. Maka, jika ada 50-50 tetapi ada juga selalu 

kemungkinan terlupa ini, maka yang diutamakan ialah memberatkan keburukannya kerana nilai 50-50 itu, jika tak jauh daripada 51.

5. Tema kelima ialah orang tidak menganggapnya malas atau orang hairan lalu mengatakan sesuatu seperti buruk sangka tetapi ada kemungkinan orang yang kata rajin itu juga akan anggap orang itu dengan anggapan yang buruk bila dia tahu tugasan itu bukan kerja hakikinya. Justeru, disini ada 3 kemungkinan iaitu anggap malas, anggap rajin dan anggap rajin tetapi anggap pelik orang ini yang menimbulkan juga sangkaan buruk. Justeru, ada 2 kemungkinan buruk dan 1 kemungkinan baik. Dalil sabda, yang selalunya menyusahkan manusia itu ialah nafsunya, syaitannya sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa keburukan membantu kerja orang lain tanpa secara jelas tersenarai sempadan tugas dan jenis serta saiz tugasan yang membantu itu adalah lebih banyak bahayanya dan kerananya perlu dielakkan atau dihentikan jika tiada penyenaraian dan sempadan dalam ertikata yang dibantu tidak bolehlah buat kerja rasminya yang telah jadi kerja rasmi orang yang membantu supaya SKT yang dibantu dan SKT yang membantu akan lebih mudah ditentukan dan lebih jelas dan lebih adil.

 

KESIMPULANNYA, BERDASARKAN KAEDAH DAN PETUNJUK DI ATAS, MAKA, tidak mengapa atau lebih baik seseorang itu in waiting daripada membantu tugasan rasmi sesiapa juga bila tugasan yang dibantu itu tidak jadi kerja yang membantu sahaja atau jadi aktiviti SKTnya sahaja.

Biar in waiting untuk tugasan rasminya sahaja, kalau tidak hakikipun

Maka yang in waiting itu tidak boleh dianggap makan gaji buta dan sebagainya.

Kesimpulannya, tidak mengapa atau boleh saja yang in waiting itu menyatakan [dengan pindaan/perubahan/pembetulan] bahawa SKTnya mencapai sasarannya walaupun sebenarnya tiap hari dia kerap in waiting sahaja sebab bukan dia malas atau tak dapat selesaikan kerja tetapi kerja yang tidak wujud!

 

 


One thought on “1-38=SebabYangMenangKenapaBudaya Kerja”In Waiting”BolehBerterusanLama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s