1-44= Contoh Bidaah [Wajib dijauhi kerana menurut kaedah usul bida’, tiada wujud bidaah hasanah]

updated: 10.09am on 28 september 2018:

PERINGATAN: MENGIKUT KAEDAH USUL BIDA’, TIADA WUJUD BIDAAH BAIK ATAU BIDAAH HASANAH KERANA DARI SEGI ISTILAH BIDAAH ITU MENGADAKAN SESUATU YANG BARU YANG DIANGGAP SEBAGAI AJARAN ISLAM padahal ini menafikan kewujudan ISLAM yang telah sempurna seperti yang dibuktikan oleh Firman Allah. Justeru, menganggap wujud bidaah hasanah, bermakna menganggap ISLAM masih ada kekurangan atau ada yang nabi tertinggal atau terlupa mengajarnya dan ini adalah tidak benar. Justeru, hadis nabi yang bermaksud tiap bidaah itu adalah sesat tentu memakai maksud biasa, tiada pengkhususan kepada bidaah hasanah. Saya harap bahagian contoh senarai bidaah dalam ISLAM ini dapat ditambah dari semasa ke semasa. Dan saya menyeru, ulamak, ustaz dan ustazah atau mufti yang menghalalkan atau mengharuskan atau membolehkan bidaah-bidaah yang dinamakan bidaah hasanah supaya bertaubat dan mempelajari , merujuk dan mengkaji kaedah bida’ dan kaedah usul feqah termasuk kaedah unjuk enara ya muriah yang dirintis oleh saya. CONTOH BIDAAH:

Halaman untuk contoh bidaah dalam blog buraaq.

Sumber: tulisan ustaz Muhammad Hanief Awang Yahaya:

1=Baca wirid untuk hari dan bulan tertentu

2=Wirid mengandungi lafaz syirik dan bacaan jampi yang berunsur syirik

3=Mengadakan kenduri sempena kematian:

mengadakan jamuan di rumah si mati dengan niat jamuan itu sebagai sedekah dari pihak si mati untuk yang datang bertahlil.

4=Menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w:

Mengadakan hari maulud nabi atau sambutan hari lahir nabi Muhammad dan membuat aktiviti berkaitan maulud nabi seperti berarak dan sebagainya seperti dengan bernasyid dan sebagainya ketika berarak, mengadakan jamuan kesyukuran atau berpuasa secara khusus pada hari maulud juga bidaah.

 

Ibadat-ibadat yang telah disyariatkan untuk manusia sudah cukup dan memadai untuk mereka,kerana Allah telah menyempurnakan agama ini dan menjadikannya lengkap untuk selama-lamanya.Secara mudah dapat difahami bahawa penambahan setelah ada penyempurnaan bererti masih ada kekurangan. Ini bermakna orang yang menambahkan sesuatu di dalam agama beranggapan agama masih lagi belum sempurna. Anggapan ini tentu sekali menyalahi firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Ma’idah:

UEYM : sehingga hari ini tiada bukti yang kuat dan menang bahawa al-Quran ada penambahan atau pengurangan. Walaubagaimanapun, al-Quran itu diubah tafsirannya yang benar kepada sesat atau bercampur, ada benar dan ada tidak. Justeru, al-Quran yang terpelihara secara lengkap, makna zahir dan makna tersiratnya dapat diperolehi dari ilmu Imam Mahdi. Justeru, boleh dikatakan juga, terpeliharanya Al-Quran ialah juga terpelihara Imam Mahdi daripada kesesatan dan bermakna juga beliaulah yang akan membetulkan fahaman tentang Islam dan mengajar Islam tulin yang lengkap.

Perbahasan di dalam kitab-kitab usul menyebutkan bahawa sesuatu perbuatan dikira sebagai baik atau buruk diketahui melalui jalan syarak dan bukan melalui akal. Setiap perbuatan yang diperintahkan oleh Allah adalah baik dan perbuatan yang dilarangNya adalah buruk. Apabila sesuatu perbuatan yang dikatakan sebagai ibadat itu tidak disyariatkan oleh Allah s.w.t bermakna ia tidak baik

UEYM: Walaubagaimanapun, apabila telah ditemui dalil yang shahih dan menang bahawa sesuatu itu wajib dilakukan tetapi tiada, atau tidak jelas cara melakukan, maka ketika itu mungkin qiyas, dan jika tidak , mungkin “penerimaan dengan persangkaan kuat dan bukan dengan keyakinan” melalui sedaya-upaya semaksima mungkin dalam usaha mengesan hakikat/kebenarannya dengan segala kaedah yang boleh digunakan tentang sesuatu yang dianggap mungkin itu ajaran Islam dan semoga berharap Tuhan sentiasa mengampunkan jika itu tidak benar atau sebenarnya bidaah. Tetapi perkataan bidaah baik tidak boleh diwujudkan kerana ia bermakna Islam belum sempurna, justeru, perkataan “penerimaan ketika darurat” menggantikannya.

5=Azan bagi solat dua hari raya DAN JUGA KETIKA pengebumian mayat

6=mengadakan jamuan untuk yang hadir pengkebumian termasuk untuk binatang makan dan bersedekah makanan untuk orang yang mati

7=bertahlil, bertasbih dengan duduk dalam keadaan membuat halqah atau bulatan

8= mengucapkan al-hamdu lillah, wa al-salah ‘ala rasulillah [segala puji bagi Allah dan salam buat rasulullah] selepas bersin padahal yang bukan bidaah ialah mengucapkan al-hamdu lillah ‘ala kulli hal

9=puasa sunat pada 27 rejab dan qiyam pada malamnya

NOTA: Pengasas Kesedaran Unjuk enara… berharap dapat menambah senarai contoh bidaah dari semasa ke semasa. Jika ada ralat atau anda dapat buktikan bahawa ada dalam senarai bidaah ini sebenarnya bukan bidaah, sila beritahu saya bersama dalil naqli dan sebagainya dan saya berharap dapat memberi tindakbalas yang betul.

 

 

 

Advertisements

One thought on “1-44= Contoh Bidaah [Wajib dijauhi kerana menurut kaedah usul bida’, tiada wujud bidaah hasanah]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s