1-45=4 MAZHAB ADALAH BIDAAH!!

updated on: 8.51am on thursday 4 october 2018

Reminder to buraqq: You can colouring any text which you can put it to buraqq dictionary for quick detection.

Samakah merah,biru, hijau, kuning? Bolehkah merah, biru, hijau dan kuning dikatakan sebagai satu warna jua?? Akal waras yang mana pun tidak akan mengatakannya sama.

Justeru, samakah mazhab maliki, hambali, syafie, hanafi? Bolehkah ajaran empat mazhab ini dianggap sebagai satu jua iaitu ajaran sunnah wal jamaah??? Jawapannya:

Akal waras yang mana pun tidak akan mengatakannya sama. Malangnya Tragedi sejak berabad-abad lamanya menyaksikan bahawa empat ajaran ini dianggap sebagai satu juga iaitu sunnah wal jamaah padahal tiada firman dan bahkan hadis shahih yang mengatakan Islam yang diajari nabi Muhammad terdiri daripada empat bahagian, syafie, hambali, hanafi, maliki. Dari segi mantik pun tidak dapat diterima, dari segi naqli pun sudah demikian. Maka, pengasas gerakan unjuk enara ya muriah menyeru agar manusia seluruh dunia bertaubat dan membetulkan iktikad dan anggapan tentang ini.

Sihir apakah yang telah merasuk kewarasan manusia sehingga empat mazhab ini dianggap sebagai sunnah wal jamaah?

IFRIT DAN JIN APAKAH YANG TELAH MERASUKI HINGGA OTAK MANUSIA JADI SENGET SEBELAH KERANA TANGGAPAN YANG EMPAT INI ADALAH SATU JUA???

Padahal telah jelas lagi bersuluh bahawa bila nabi bersabda hanya satu golongan yang selamat, ia tentu bermaksud yang asli, asli yang diajar nabi, tiada taklid, tiada ijtihad atau fatwa mazhab, tiada perselisihan pendapat, tiada perbezaan pendapat.

Jadi, bagaimanakah penerimaan yang sepatutnya terhadap empat mazhab ini??

Penerimaannya:

1= Mempelajari empat mazhab ini untuk dijadikan juga bahan kajian untuk menemui ajaran Islam yang tulin dengan mengkaji juga serentak sumber lain seperti yang diluar empat mazhab ini. Maka, jika didapati ada bahagian intipati mazhab yang didapati hujah dan pendapat serta dalil yang diberikan tidak dapat dikalahkan, maka, barulah ambil mazhab itu, setakat intipati yang itu. Intipati yang lain belum tentu. Justeru, kajian semula Islam secara jujur dipandu ulamak-ulamak “unjuk enara….” amatlah diperlukan.

2= Penerimaan secara “penerimaan ketika darurat” jika tidak ditemui dalam kitab/sumber/mazhab yang selain yang empat ini yang dianggap lebih kuat

3= Penerimaannya adalah terhasil dengan melakukan kajian dan hubungkait dengan kutub al sittah, tafsiran al-Quran yang terbukti diterjemahkan secara jujur dan menang atau/dan kuat pula dalil/pendapatnya/tafsirannya/buktinya, seterusnya dengan hubungkait dan kajian sumber-sumber tulisan ulamak-ulamak “unjuk enara…..”

Siapa dan apakah ciri-ciri ulamak-ulamak atau sumber-sumber yang diistilahkan sebagai ulamak atau sumber unjuk enara ya muriah:

1= Sumber pengkajian Islam semula secara jujur

2=Pengkaji semula ini tidak dapat digoda dengan rasuah atau tidak dapat diugut agar membuat hasil kajian yang dusta, palsu atau bercampur-aduk antara benar dan salah, tidak tepat

3=Amat mencintai ajaran Islam yang asli

4= Mengetahui cara mendapatkan “sensor of the truth” [=petunjuk ke arah kebenaran dan kemuliaan] yang betul dan tahu mempergunakannya dengan sangat baik dan betul

5=Tidak sombong dengan pendapat sendiri atau menganggap dirinya pasti terjamin sentiasa benar

Justeru, siapakah imam kita sebenarnya  yang menggantikan nabi Muhammad, kalau bukan empat mazhab itu??

Imam atau khalifah yang dua belas orang seperti yang disebutkan dalam hadis yang terdapat dalam kitab “Imam Mahdi & Malapetaka Akhir Zaman”.

PERINGATAN: Walaubagaimanapun, penulis harus membaca semula dari mula sampai akhir kitab “Imam Mahdi & Malapetaka Akhir Zaman” kerana terdapat artikel yang menyenaraikan firqah-firqah yang sesat yang salah-satunya mempercayai adanya duabelas imam tersebut [mungkin ini versi syiah, yang versi sunnah pun mungkin dua belas orang tetapi ada perbezaan dari segi nama atau apa] 

Justeru, wajarkah kita menganggap golongan as sunnah wal jamaah itu wujud sekarang ini?

Hakikatnya wujud tetapi dari segi jumlahnya tidaklah terbesar tetapi akan menjadi terbesar [pada zaman pemerintahan Imam Mahdi] kerana Jumlah terbanyak umat Islam yang dikatakan sunnah wal jamaah sekarang ini tidak dapat dikatakan sesat dan tidak juga tidak sesat kerana walaupun ada yang diyakini mereka tidak sesat tetapi intipati bertaklid atau dengan penerimaan secara darurat masih wujud dalam ajaran golongan ini tetapi golongan ini akan menjadi golongan as sunnah wal jamaah secara tepat dan maksimum pada zaman pemerintahan Imam Mahdi. Mengenai ini terbukti sedikit sebenarnya, dengan hadis berikut:

بَدَاَ اْلاِسْلاَمُ غَرِيْبًا سَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأ فَطُوْبَى للغُرِبَاءِ.

“Islam itu bermula dengan keadaan aneh (asing/luar biasa) maka akan kembali menjadi aneh (asing/luar biasa) maka berbahagialah orang yang asing itu”.

Al Guraba’ (الغرباء) bermaksud: “Golongan yang anih, asing, luar biasa, dagang atau sedikit”.

Yang terjamin sunnah wal jamaah dalam ertikata 100%  sekarang ini adalah sedikit. Contoh yang terjamin sedikit itu ialah Imam Mahdi. Ajaran Islam yang sejati akan mahsyur semula pada zaman empayarnya yang paling gemilang iaitu zaman seluruh dunia di dalam keadaan aman-damai yang luarbiasa iaitu zaman pemerintahan khalifah ke 12, imam Mahdi. Imam Mahdi bukan insan biasa tetapi beliau ialah dari keturunan rasulullah, imam Mahdi memiliki keramat-keramat sebagai tanda beliau ialah seorang wali Allah dari maqam kewalian yang tertinggi [maqam insan kamil]. Contoh keramat imam Mahdi, menurut satu sumber ialah tangan imam Mahdi sangat kuat dan dapat menumbangkan pokok dengan tangan beliau. Kibaran bendera Imam Mahdi pula mampu menakluki hati musuh atau sesiapa yang melihat kibaran yang indah itu akan jatuh cinta kepada Imam Mahdi.Demikian menurut satu sumber.

Justeru, golongan yang dikatakan sunnah wal jamaah sekarang ini secara tepatnya tidak boleh dianggap sunnah wal jamaah melainkan dalam keadaan tertentunya [seperti akidah mereka adalah benar tanpa perbezaan pendapat] tetapi dari segi amalan/feqahnya berbalah pendapat atau berbeza padahal jalan nabi Muhammad itu ialah jalan yang satu lurus,  tanpa ada cabangan mazhab, tanpa terhasil daripada ijtihad atau fatwa. Saya ada istilah menggambarkan golongan terbesar umat Islam yang wujud sekarang ini iaitu saya menamakan sebagai golongan terhampir sunnah-wal jamaah.

Saya telah melihat beberapa intipati daripada pelbagai website seperti pautan-pautan di bawah untuk mendapat maksud sunnah wal jamaah yang tepat, lengkap, benar dan terbaik. Ada dua laman website yang saya lihat terbaik dalam carian saya itu:

Yang pertama:

https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/07/pegangan-ahli-sunnah-wal-jamaah/

Yang kedua:

Dari  isi khutbah

Hasil carian dan kajian saya itu, maka, saya buat kesimpulan, maksud sunnah wal jamaah dari segi istilah syarak atau yang dikaitkan dengan golongan yang selamat oleh nabi ialah:

Pengikut[=ahli] Jalan hidup yang ditunjuki Nabi Muhamad [=sunnah] dan sahabat nabi [=jamaah]

Memang sahabat nabi itu bintang petunjuk jalan tetapi nabi tidak menjamin semua bintang ini mempunyai ilmu dan kekuatan iman yang sama kuat atau tinggi. Justeru, ijtihad dan fatwa serta mazhab sahabat ini boleh diterima hanya dengan kaedah penyaringan yang boleh diterima untuk meyakini yang mana adalah dari ajaran Islam yang tulin. Justeru,haruslah kita mengutamakan sahabat nabi yang boleh jadi khalifah sebenar. Pada pendapat saya, ulamak ahlil-bait [imam dua belas termasuk Fatimah az-Zahraa] adalah termasuk dalam erti jamaah ini walaupun jika ada yang tidak hidup pada zaman nabi Muhammad hidup tetapi ilmu mereka mengatasi ilmu para sahabat seolah-olah mereka hidup pada zaman nabi hidup. Justeru, mengikuti jemaah ini dengan mengutamakan dua belas khalifah yang lelaki kerana mereka adalah pemimpin yang dilantik berdasarkan wahyu. Bermakna, mereka lantikan daripada Allah dan bermakna Allah menjamin mereka layak menjadi Imam dengan memiliki pengetahuan Islam TULIN yang maksum dan lengkap 100%.

Tegasnya, golongan yang dikatakan sunnah wal jamaah yang wujud hari ini, keadaannya adalah berada di tengah-tengah antara batil dan hak iaitu boleh jadi penerimaan secara daruratnya itu adalah bidaah tetapi boleh jadi juga penerimaan secara daruratnya itu memang ajaran Islam yang asli yang dalilnya hanya diketahui pada zaman Imam Mahdi besok. Justeru, tidak boleh dikatakan sesat dan tidak boleh dikatakan tidak sesat kecuali ada intipatinya yang jelas sesat, yang dapat dikalahkan oleh dalil shahih dan menang.

 Perkataan darurat pada “penerimaan secara darurat dapat digunakan untuk mengingati sejarah tragedi iaitu:

Ramai di antara imam yang dua belas ini telah mati dibunuh termasuk yang masih belum dewasa. Justeru, ramai di antaranya tidak berkesempatan memerintah sebenarnya melainkan beberapa orang seperti imam Ali, khalifah keempat khulafa ar rasyidin.Dan yang akan memerintah iaitu Imam Mahdi.Hanya imam Mahdi yang masih hidup. Nabi pernah mengiktiraf ilmu Ali seperti sabda beliau:

“Aku kota ilmu dan Ali itu pintunya”

Justeru, hadis ini adalah dalil yang membuktikan kemaksuman ilmu Islam tulin Ali yang lengkap 100%.

Contoh dalil-dalil kewujudan imam yang dua belas orang:

1]”Setelah aku ada dua belas imam, semuanya dari Quraisy” (riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain). “Setelah aku ada dua belas imam. Yang pertama Ali dan yang terakhir Mahdi.” (Yanabi’ al-Mawaddah:3:99; dan kitab lain)[“After me are twelve caliphs, they are Quraisy’descendant(history told by Bukhari, Muslim et cetera).”After me are twelve caliphs.The first is Ali and the last is Mahdi.”(Yanabi’ al-Mawaddah:3:99; and other Islam book source)

ii)Hadis nabi yang menyatakan bahawa hari kiamat tidak akan terjadi kecuali setelah berlaku pemerintahan imam Mahdi ke atas dunia ini selama 5, 7 atau 9 tahun (salah-satu tempoh ini pasti berlaku)[Hadist which explain that destroy world day will not happen except after Mahdi govern this world in 5, 7, or 9 years (one of this duration surely happen)

iii)”Pemimpin selepas aku dua belas imam. Yang pertama Ali, kemudian Hasan putera Ali, kemudian Husain saudara Hasan, kemudian Ali bin Husain yang diberi jolokan Zainal A’bidin, kemudian Muhammad bin Ali yang diberi jolokan Baqir al-Ilmi, kemudian Ja’far bin Muhammad yang diberi jolokan al-Shadiq, kemudian Musa bin Ja’far yang diberi jolokan al-Kazhim, kemudian Ali bin Musa yang diberi jolokan al-Ridha, kemudian Muhammad bin Ali yang diberi jolokan al-Taqi, kemudian Ali bin Muhammad yang diberi jolokan al-Naqi, kemudian Hasan bin Muhammad yang diberi jolokan al-‘Asykari, kemudian Muhammad bin Hasan yang diberi jolokan AL-MAHDI, ia akan ghaib lama sekali sehingga orang untuk mengimaninya merasa berat, kemudian ia akan keluar dengan izin Allah untuk meratakan keadilan di bumi ini setelah ia penuh dengan kezaliman.” Setelah itu Jabir bertanya: “Apakah orang-orang boleh mengambil manfaat ketika ia (Mahdi) dalam keghaiban?” Rasulullah menjawab:”Tentu. Ibarat memanfaatkan matahari ketika ia tertutup mendung.” (Yanabi’ al-Mawaddah:3:212, bab:93 dan kitab lain)[“Leader after me are twelve imams. The first is Ali, next is Hasan son of Ali, next is Husain sibling of Hasan, next is Ali son of Husain who get nickname as Zainal A’bidin, next is Muhammad son of Ali who get nickname as Baqir al-Ilmi, next is Ja’far son of Muhammad who get nickname as al-Shadiq, next  is Musa son of Ja’far who get nickname as al-Kazhim, next is Ali son of Musa who get nickname as al-Ridha, next is Muhammad son of Ali who get nickname as al-Taqi, next is Ali son of Muhammad who get nickname as al-Naqi, next is Hasan son of Muhammad who get nickname as al-A’sykari, next is Muhammad son of Hasan who get nickname as AL-MAHDI, He will disappear in very long period till cause peoples feel difficult to have faith about himself, afterwards he will come by get permission from ALLAH for “flatten” the justice at this earth after the world full of cruelty.” After that, Jabir ask: “Can peoples get something favourable juncture he (Mahdi) disappear?”  Messenger of Allah reply:”Certainly. Like use a sun favourably when it covered with cloud.”(Yanabi’ al-Mawaddah:3:212,chapter:93 & other “kitab”(=book about Islam) 

unjuk enara…. berpendapat bahawa salah-satu faktor kewujudan mazhab di dalam Islam  adalah kerana imam yang 12 ini, ada yang terbunuh dan tidak diberi peluang memerintah, selain usaha-usaha musuh-musuh Islam dan orang Islam yang jahil yang mempengaruhi umat Islam agar mempelajari ajaran yang tidak benar, juga faktor umat Islam mempelajari falsafah-falsafah barat yang menyebabkan salah-faham tentang Islam, kejahilan dan sebagainya.

Unjuk enara ya muriah berpendapat bahawa sumber Islam itu dapat dibahagikan kepada:

Pertama/Sumber Islam Tulin–> Nabi Muhammad dan Imam yang mempunyai pertalian darah atau ada hubungan kekeluargaan dengan nabi Muhammad yang diistilahkan sebagai Ulamak ahlil-bait [=khalifah yang dua belas orang dan Fatimah az-zahraa puteri nabi Muhammad].

Kedua: Sumber rujukan Islam: Sahabat nabi, tabiin [ulamak  yang mendapat pendidikan daripada sahabat nabi] dan tabit tabiin [ulamak yang mendapat pendidikan daripada tabiin]

Ketiga: Sumber Penyelidikan Rujukan Islam: Kutub al-sittah

Keempat: Sumber Penyelidikan Semula Islam: Ulamak unjuk enara ya muriah

Kelima: Sumber mazhab [contohnya:- mazhab yang empat {hambali, hanafi, maliki, syafie} ]

Taraf atau status kepentingan dan nilai boleh percayanya menurut unjuk enara…. ialah pertama ialah sumber Islam tulin, kedua sumber rujukan Islam, ketiga ialah kutub al sittah, keempat sumber penyelidikan semula Islam dan terakhir sumber mazhab.

Menurut unjuk enara…. walaubagaimanapun sumber ke empat mungkin menjadi sumber yang mengatasi sesetengah atau kandungan tertentu kutub al sittah dalam penyiasatan semula terutama hal faktor seperti penemuan kitab yang ditulis oleh ulamak ahlil bait. Sumber penyelidikan semula Islam ialah yang mempunyai kandungan yang sangat berusaha menyelesaikan masalah “penerimaan secara darurat” dengan menemui dalil dan bukti serta hujah yang kuat, shahih dan menang dengan kajian semula terhadap sumber rujukan Islam dan sumber penyelidikan rujukan Islam serta operasi pencarian sumber Islam tulin seperti melalui operasi unik/luarbiasa itu. Justeru, disebabkan sumber penyiasatan semula Islam ini mengutamakan dalil shahih, kuat dan menang untuk menjadi intipatinya, maka ia secara sedaya-upaya cuba menyelesaikan masalah “penerimaan secara darurat”  dengan menjadikan intipati “penerimaan secara darurat” makin berkurangan semaksima yang paling terdaya. Justeru, status dan taraf nilainya dianggap melebihi sumber mazhab.

Justeru, saya merayu dan sangat berharap agar ulamak-ulamak yang ada ciri-ciri ulamak unjuk enara…. di seluruh dunia,  agar bangkit menjalankan penyelidikan ini dan pencarian ini untuk menyelesaikan masalah perbezaan pendapat dan keraguan serta perselisihan pendapat ke arah penyatuan fikiran dengan keyakinan yang sama untuk menyelesaikan masalah taklid, mazhab dan sebagainya. Bergabunglah semua ulamak unjuk enara…. agar hasil penyelidikan dan pencarian akan lebih berkualiti dan lebih meyakinkan umat Islam. Wahai ulamak unjuk enara…. tuan-tuanlah bintang penunjuk jalan terbaik saat ini hingga datang bintang terbaik yang sebenar [Imam Mahdi bagi Islam al-Quran dan Nabi Isa a.s bagi Islam injil yang akan menghapuskan injil yang palsu yang telah berubah menjadi kristian][prophet Isa a.s for injeel Islamic who will destroy false injeel which was changed to christian].

Intipati taraf dan status di atas berasal dari kandungan versi lapuk/lama/usang gagasan unjuk enara…. yang telah diubah ke versi baru seperti yang dinyatakan seperti di atas. Versi lama ini dirahsiakan oleh pengasas unjuk enara…. atas sebab-sebab tertentu. Antara kandungan lama yang masih digunakan dan dibawa ke versi baru unjuk enara….:

Nilai kebolehpercayaan sumber secara am bagi sumber rujukan ialah sahabat adalah teratas, kedua, tabiin dan ketiga tabit tabiin.

Nilai kebolehpercayaan sumber secara khusus pula bermakna nilai secara am tidak digunakan bila terdapat nilai yang lebih rendah didapati mempunyai dalil,hujah dan bukti yang lebih kuat, shahih atau menang dalam penyelidikan kemudiannya yang mengalahkan nilai yang lebih tinggi . Nilai kebolehpercayaan sumber secara am boleh juga ditentukan bagi kategori yang sama, seperti kategori sahabat iaitu nilai antara sahabat dengan sahabat, nilai antara tabiin dengan tabiin yang lain dan begitulah yang lain. Nilai kutub al-sittah secara am pula ialah shahih bukhari di tempat paling shahih, shahih muslim di tempat nilai kedua paling shahih. Ini secara am tetapi dalam kes yang khusus, nilai am boleh berubah. Kemungkinan juga ada nilai dalam sumber mazhab yang kemudiannya didapati lebih tinggi daripada nilai yang ada dalam sumber penyelidikan semula Islam. Jika ini terjadi, bermakna berlaku kejadian nilai khusus.

Saya sebenarnya, sangat menentang kewujudan mazhab kerana Islam tidak berasal dari ijtihad atau fatwa tetapi wahyu. Sesetengah kandungan mazhab  boleh membuat kita rasa resah, bersalah atau sangat meragukan. Dan boleh membuat kita berasa mazhab tidak sepatutnya wujud. Perselisihan pendapat dalam Islam sehingga menimbulkan mazhab yang pelbagai, bukanlah rahmat daripada Allah tetapi ia adalah bukti tragedi bahawa terdapat faktor-faktor yang menghalang, mengubah atau menyembunyikan atau menghapusi sumber Islam tulin. Contoh, sumber Islam tulin tidak mendapat daulat yang sepatutnya dalam pendidikan/teks/pusat pendidikan/kajian.

Contoh yang menunjukkan bahawa intipati mazhab ini dapat membuat kita berasa bingung dan resah ialah salinan yang dibuat dibawah, yang di ambil dari sumber akhbar:

Halaman ini mengikhtisarkan beberapa tulisan menarik yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 23 September 2001 iaitu ruangan 1001 kemusykilan oleh DR. Abdul Hayei bin Abdul Sukor [Akademi Pengajian Islam] :

Soalan: Mengapa umat Islam di Malaysia memilih mazhab Syafie, sedangkan dalam Islam ada empat mazhab yang semuanya harus diikuti. Bolehkah saya tukar mazhab saya dengan mazhab-mazhab selain Syafie atau saya terus mengikut al-Quran dan hadis tanpa terikat kepada mana-mana mazhab? Dalam sesetengah mazhab, dikatakan ada masalah yang dikatakan pelik atau ganjil, misalnya air kencing unta suci dan boleh diminum sebagai ubat, harus makan sesetengah haiwan yang haram dimakan menurut mazhab Syafie seperti tupai dan lain-lain. Mengapa kita dilarang menyebar pendapat-pendapat ini? Bukankah semua mazhab itu betul dan boleh diamalkan? -ZUMASNI, Banting, Selangor.

JAWAPAN:

…… puan disarankan mengkaji buku-buku berkenaan sejarah perkembangan mazhab dan fikah ISLAM……

Mazhab fikah dalam Islam tidak hanya terbatas kepada mazhab-mazhab Hanafi, Syafie, Hambali dan Maliki sahaja. Banyak lagi mazhab yang tersebar luas pada suatu ketika terdahulu seperti mazhab al-Layth Ibn Sa’d (94-175H), Sufyan al-Thauri (97-161H), al-Awza’i (88-157H), Zaid Ibn Ali (80-122H)), Abu Ja’far Muhammad Ibn Ali (57-114H), Ja’far al-Sadiq (80-148H), Ibn Jarir al-Tabari (245-310H) dan lain-lain. Mereka terkenal sebagai pemimpin mazhab pada suatu ketika terdahulu, kemudian berlaku ketandusan pengikut bagi mazhab mereka. Sebelum tokoh-tokoh yang disebutkan, ramai juga yang disebut-sebut sebagai ahli fikah tabi’i yang terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Sa’id Ibn al Musayyab (13-94H), Tawwus (33-106H), ‘Ata (27-114H), Ikrimah (25-105H) dan lain-lain yang pernah mendapat didikan daripada madrasah Al-Sahabah (sekolah sahabat nabi). Mereka ini merupakan generasi yang menimba lmu daripada sumber-sumber mata air yang jernih dan paling dekat dengan sumber wahyu, iaitu nabi s.a.w. Bahkan sebelum tabi’in, nama-nama sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Aishah dan lain-lain juga merupakan pemimpin mazhab yang tidak boleh dipandang remeh.

….Imam-imam Hanafi, Syafie, Hambali dan Maliki secara khusus, tidak pernah mengajak orang bertaklid kepada mazhab mereka, sebaliknya mengajak supaya kembali kepada al-Quran dan hadis sahih, mereka kerap mengingatkan orang yang berminat dengan pemikirannya supaya mengikuti hadis yang dijadikan dalil, iaitu apabila berlaku pertentangan antara hadis dan mazhab mereka. Peringatan ini bermakna, mereka tidak pernah mendakwa pemikiran atau mazhab mereka sebagai kebal dan tidak mungkin berlaku silap, atau dengan kata lain tidak pernah mendakwa sebagai ma’sum (terpelihara) daripada salah silap. Sepanjang yang diketahui, mereka adalah mujtahid yang mencari kebenaran setakat termampu…… Justeru mereka sebagai mujtahid, mereka kerap menarik balik pendapatnya, apabila ternyata kelemahan atau didapati hadis-hadis shahih menyatakan sebaliknya.

……Demikian juga dengan Umar seperti yang dilaporkan, pernah mengeluarkan fatwa, kemudian mengeluarkan fatwa yang lain pada tahun berikutnya. Imam Abu Hanifah mempunyai sahabat-sahabat yang dijadikan sebagai ahli mesyuaratnya, mereka sering berbeza pendapat dan fatwa, kerana ada dalil yang mendorong mereka berpegang kepadanya dan bukan dengan bertaklid kepada imam, atau mereka berbeza pendapat, kerana berbeza muslihat yang berlaku selepas kewafatan seseorang imam. Sesetengah penyelidik menyebutkan perbezaan seperti itu bukan sebenarnya berbeza mazhab, tetapi berbeza zaman dan suasana. Sedang dalilnya tetap dan tidak berubah.

…… Demikianlah keikhlasan terhadap ilmu dan ijtihad kerana mencari kebenaran, bahkan semua pendapat tokoh-tokoh mazhab mengakui hakikat ini. Imam-imam dan ulama mujtahid lazimnya akur kepada hadis sahih yang ditunjuk kepada mereka, pengakuan Imam Abu Hanifah jelas menunjukkan keikhlasan beliau, apabila menyatakan pada akhir masalah yang diputuskan, katanya: Ini pendapat saya, jika ada pendapat lain yang lebih baik, kita terima yang lebih baik itu. Imam Malik juga menyatakan pengakuan yang serupa, katanya: Saya adalah insan biasa, pendapat saya mungkin benar dan mungkin salah. Pamerkan pendapat saya pada al-Quran dan al-Sunah. Jika ia bertentangan, maka ambillah al-Quran dan hadis dan tolakkan pendapat saya. Berkata al-Syafie: Jika sebuah hadis itu sahih, padahal ia bertentangan pendapat saya, maka buangkan pendapat saya ke tepi dinding. Sebaliknya jika hujah kelihatan jelas, ambillah hujah itu dan anggaplah hujah itu pendapat saya juga…..

Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh bertukar mazhab, jika kita mempunyai pengetahuan yang cukup tentang al-Quran dan hadis, kira-kira dapat menilai antara mazhab yang ada, mana yang kuat dan mana yang lemah berpandukan dalil dan pertimbangan yang ikhlas, malah kita boleh berijtihad sendiri dan mengamalkan hasil ijtihad kita. Para imam ada membuat pengakuan bagi mazhab masing-masing, kata mereka: Pendapat saya adalah kebenaran yang mungkin salah, pendapat orang lain pula kesalahan yang mungkin betul. Pengakuan ini menunjukkan tidak wajib kita mengikut mazhab-mazhab tertentu atau sesuatu mazhab itu istimewa daripada yang lain.

….Sesetengah orang berpendapat, wajib bertaklid atau mengikut mana-mana imam daripada salah seorang imam antara empat imam itu. Saya berpendapat, pendapat ini tidak tepat. Alasan-alas an berikut boleh dikemukakan.

a. Allah hanya mewajibkan taat kepada Allah dan rasul-Nya sahaja, tetapi tidak mewajibkan mereka mentaati orang tertentu selain nabi, termasuklah pemimpin mazhab. Ini kerana selain nabi, tiada yang dilindungi daripada dosa atau ma’sum (terpelihara). Justeru, Imam Malik menyatakan: Semua orang boleh diterima atau ditolak pendapatnya, kecuali Rasulullah s.a.w.

b.Imam-imam atau pemimpin mazhab itu sendiri melarang orang mengikut atau bertaklid kepada mereka secara membuta tuli…..

c. Bertaklid kepada mana-mana mazhab atau bertaksub kepadanya adalah suatu amalan yang bertentangan dengan yang pernah diamalkan oleh ulama salaf dalam beberapa abad pertama, mereka menerima atau menolak sesuatu pendapat berpandukan hujah dan alas an, sama ada hadis atau pendapat sahabat yang pernah menyaksi amalan Nabi s.a.w, mereka sebagai contoh, pernah menerima pendapat Umar Ibn al-Khattab, kemudian dalam masalah yang lain pula menerima pendapat Ali dan menolak pendapat Umar.

keempat: Menolak pendapat atau menyalahi pandangan umum bagi empat mazhab ini, tidak boleh dianggap suatu kecacatan berlaku dalam sesuatu pegangan mazhab, tidak pula menjatuhkan kedudukan mereka sebagai mujtahid. Jika Imam Malik dan Imam al-Layt pernah mengungkap bahawa para sahabat ada kemungkinan tersalah, maka apa lagi dengan mujtahid dan imam-imam selain mereka.

Jawapan yang diberikan oleh oleh DR. Abdul Hayei bin Abdul Sukor membuktikan bahawa prinsip unjuk enara…. tentang kebenaran yang terkandung dalam versi lamanya yang masih dipertahankan dibawa ke versi baru adalah benar iaitu:

Bebas dari pemikiran yang terhad adalah perlu . Pemikiran yang terhad akan bergerak dalam zon tertentu sahaja, terpenjara dan tidak bebas merdeka. Contohnya, berfatwa dan berijtihad hanya dengan mengkaji sumber yang empat saja [hambali, hanafi, syafie, maliki] adalah contoh pemikiran yang terpenjara. Untuk menemui kebenaran, haruslah pemikiran itu bebas dalam syaratnya yang dibenarkan Islam. Apabila pengasas empat mazhab itu mengakui kelemahan ilmu mereka dan mengatakan mereka insan biasa [bukan wali Allah], maka pemikiran yang hanya bergerak dalam zon pendapat empat mazhab itu adalah pemikiran terhad yang terpenjara. Contoh lain prinsip unjuk enara ya muriah ialah:

Tidak sombong dengan pendapat diri dan menganggap bahawa diri mungkin masih ada kesalahan pendapat atau kesalahan ilmu. Fungsi prinsip ini dapat mendorongi diri agar berhati-hati dalam penyelidikan dan dalam mengeluarkan pendapat.

Ada sumber yang menyatakan hadis tentang imam Mahdi ada dalam shahih bukhari tetapi hadis ini telah dihilangkan dalam cetakan berikutnya.

Pautan-pautan yang saya klik untuk memahami maksud sunnah wal jamaah:

Paling mentakrifkan

Kedua terbaik takrifannya

pautan yang dikatakan dari seorang ustaz

Pautan www.ukm.my

www.addeen.my

Wikipedia

risalah Islam

 

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “1-45=4 MAZHAB ADALAH BIDAAH!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s